IPOH: Pembangunan Tasik Cermin di Gunung Rapat, di sini sebagai taman eko kuari ternyata memberikan impak besar kepada sektor pelancongan negeri Perak.
Di sebalik kontroversi yang pernah berlaku di kawasan ini tidak lama dulu, kini Tasik Cermin kian meniti di bibir ramai orang, termasuk pengunjung dari luar negara.
Jika dahulu kawasan ini kurang dibangunkan dan tidak begitu sesuai untuk pengunjung memandangkan kawasannya agak suram, namun kini suasana sudah berubah sama sekali.
Kawasan seluas 65 ekar itu kini diusahakan dengan kepakaran daripada individu yang berkelayakan, khususnya yang tahu selok belok dan keunikan tempat itu.
Menurut Pengarah Pelancongan dan Korporat Tasik Cermin Quarry Eco Park Ipoh, Siti Norlizawati Narawi, pihaknya sebelum ini giat membangunkan serta mempromosi kawasan itu bagi dijadikan produk pelancongan terbaharu negeri.
Ujar Siti Norlizawati lagi, jika dahulu pelancong hanya melawat lokasi wajib di Ipoh seperti gua, tokong dan sebagainya namun kini mereka memilih untuk datang ke Tasik Cermin.
"Pengunjung datang dari seluruh Malaysia, paling jauh Johor dan Kedah. Kebetulan pula ejen pelancongan sekarang memang mencari produk pelancong terbaharu.
"Saya difahamkan menerusi perbualan dengan mereka, ramai pengunjung yang mengikuti ejen pelancongan itu tidak lagi mahu ke lokasi-lokasi biasa seperti tokong dan sebagainya.
"Mereka nampak Tasik Cermin ini menjadi satu tempat persinggahan di Ipoh, sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau menambah, pengunjung luar negara yang datang ke sini kebanyakannya dari Singapura, Perancis, German, Yaman dan Mexico.
Kebiasaannya mereka datang ke sini dengan bas persiaran. Tetapi ada juga datang menaiki kereta sewa.
"Mereka (pengunjung) boleh duduk di platform atau jeti di situ selama satu jam, hanya untuk lihat Tasik Cermin tanpa buat apa-apa.
"Mengikut kata pengunjung dari luar negara, mereka tahu tentang kewujudan dan keindahan Tasik Cermin di media sosial, khususnya Instagram," katanya lagi.
Tidak hanya itu, beliau turut memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan termasuk Orang Asli di sini.
"Pasukan saya terdiri daripada anak tempatan dan Orang Asli. Pekerja Orang Asli ini selalunya kerja bermusim maksudnya bila ada keperluan baru mereka datang bekerja," katanya.
Jelas Siti Norlizawati lagi, jika masih diberi peluang dan ruang membangunkan kawasan itu pada masa hadapan, beliau dan pasukannya sedia mengembleng seratus peratus usaha, selain menyediakan aktiviti pelancongan menarik kepada pengunjung.
Katanya, pengalaman dan ilmu yang diperoleh selama ini dalam bidang ekopelancongan serta agritourism dapat dimanfaatkan bagi kebaikan bersama, termasuk membantu memajukan industri pelancongan negeri.
"Sekarang kita buka Tasik Cermin 2 untuk bot, menerusi terowong 2. Tasik Cermin 2 ini jarang orang masuk, mungkin 1 peratus daripada rakyat Malaysia belum sampai ke situ.
"Bila kita buka sejak dua bulan lalu, Tasik Cermin 2 sudah mula meriah dan dipenuhi ramai orang. Bot akan dibuka tidak lama lagi dan hanya beroperasi tiga jam sehari (jam 2-5 petang).
"Ia bagi memberi peluang kepada pengunjung melihat keseluruhan Tasik Cermin 1.
"Platform atau jeti di situ akan dinaik taraf supaya tidak ditenggelami air ketika paras air tasik meningkat. Kita akan jadikan ia tinggi sedikit untuk keselesaan pengunjung," katanya lagi.
Tasik Cermin Eco Park merupakan salah satu daripada 19 geotapak yang terletak di dalam Geopark Lembah Kinta.
Dengan adanya kerjasama awam dan swasta dalam membangunkan kawasan geotapak seperti ini secara tidak langsung dapat membantu kerajaan negeri memelihara dan mempromosi Geopark Lembah Kinta sebagai salah satu Geopark Kebangsaan yang utama di Malaysia.
Sebelum ini media melaporkan pelbagai pembangunan pelancongan berasaskan eko telah dirancang yang dibahagikan kepada beberapa fasa.
Pembangunan Tasik Cermin ini bakal membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Antara kemudahan yang akan disediakan di sini seperti surau; tandas awam, kawasan pejalan kaki dan orang kurang upaya (OKU), kios makanan dan minuman serta kemudahan kenderaan mesra alam.
Pembangunan yang dirancang pula meliputi floating platform Tasik Cermin 1 dan 2, galeri Tasik Cermin, mirror adventure park dan banyak lagi.
Manakala pakej ekopelancongan sedia ada di sini ialah limestone hiking, limestone cave explore dan boat ride tunnel 2.
Tiket masuk ke Tasik Cermin, dewasa (RM5), kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebanyak RM3.50.
Aida Aziz
Sat Jun 25 2022
Ramai pengunjung yang melihat Tasik Cermin sebagai lokasi persinggahan di Ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. - Foto ihsan Siti Norlizawati Narawi
MAQIS tahan anjing baka Pomeranian
Anjing berkenaan cuba dibawa masuk oleh satu pasangan warga Iran yang menaiki penerbangan dari Turki.
Perkhidmatan trem percuma di Putrajaya sehingga Julai
Sekiranya semua berjalan lancar, perkhidmatan trem itu dijangka bermula akhir tahun ini.
AWANI Ringkas: Dibebaskan tanpa syarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] SQ321 | KLN sahkan 9 penumpang, 1 anak kapal dalam keadaan stabil
Wisma Putra sahkan 9 rakyat Malaysia termasuk 1 krew merupakan mangsa gelora udara pesawat Singapore Airlines Penerbangan SQ321 dari London ke Singapura. 8 daripadanya menerima rawatan di dua hospital berasingan di Bangkok dan berada dalam keadaan stabil.
Gordon Bell, pencipta minikomputer meninggal dunia
Kemajuan teknologi minikomputer membuka jalan kepada terciptanya PC desktop lebih kecil dan kini komputer mudah alih di tangan anda sekarang.
Sembilan rakyat Malaysia antara mangsa insiden gelora udara Singapore Airlines
Lapan orang daripada mereka mengalami kecederaan dan sedang dirawat di dua buah hospital di Bangkok.
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Tekad kerajaan Madani laksana rasionalisasi subsidi
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS)
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Pembangunan tidak jejas alam sekitar Tasik Cermin - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi jaminan sebarang pembangunan di Tasik Cermin, tidak akan menjejaskan kelestarian alam sekitar kawasan berkenaan.
Tak lagi suram, pengunjung datang dari jauh lihat tarikan baharu Tasik Cermin
Kawasan seluas 65 ekar itu kini diusahakan dengan kepakaran individu berkelayakan yang tahu selok belok dan keunikannya.
Tasik Cermin dibuka semula dengan penambahbaikan fasiliti
Bayaran bagi tempat parkir kereta dikenakan sebanyak RM5, manakala RM2 dicas untuk setiap orang yang masuk ke dalam.
Tasik Cermin bakal jadi Taman Eko Kuari pertama di Malaysia
Ia bakal menjadi produk pelancongan terbaharu bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Perak khususnya dan Malaysia amnya.
Tasik Cermin dibuka semula kepada pengunjung 15 Jan ini
Pihak MBI berharap kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.
Video tular: Kawalan akan diperketat elak insiden Tasik Cermin berulang
Kawalan di kawasan tumpuan pengunjung, Tasik Cermin akan diperketat bagi mengelakkan insiden yang tular baru-baru ini di kawasan berkenaan berulang.
Mangsa sempat berpaut pada kayu sebelum lemas - Saksi
Siasatan dijalankan mendapati mangsa tenggelam di tasik berkenaan dan saksi kejadian turut memaklumkan sebelum tenggelam, mangsa sempat berpaut pada satu batang kayu.
Pemuda meninggal dunia dipercayai lemas di Tasik Cermin
Seorang pemuda berumur 19 tahun ditemukan lemas di Tasik Cermin, Puncak Perdana, dekat sini sekitar pukul 4 petang semalam.